Apa Yang Anda dan Anak Anda Akan Dapat Bila Anda Belikan Komik Sirah Nabi Ini?

  • Anda dapat bacakan bedtime story yang islamic untuk anak anda sebelum tidur.
  • Anak anda akan tidak sabar mendengar anda bacakan atau ceritakan kisah nabi kepada mereka.
  • Anak anda tahu tentang kisah para nabi.
  • Anak anda kurang bermain phone atau tablet.
  • Anak anda mendapat pengajaran cara kehidupan islam yang sebenar.
  • Anak anda seronok membaca sambil melihat gambar-gambar komik Pengembaraan Adam.
  • Anak anda dapat belajar membaca menggunakan bahasa yang sopan dan mudah difahami.

Apa Kata Mereka Yang Dah Beli Komik Adam?

Bagus komik ni, anak-anak suka baca sebelum tidur.

Banyak yang kami belajar. Senang nak ingat kisah-kisah nabi melalui komik macam ni. Anak-anak siap tanya ada lagi tak sambungan komik ni? Syabas! Teruskan hasil bahan bacaan kerohanian begini.
Elysa Azman,
Pelanggan

Kartun dia pun best. Bahasa melayu.

Anak baru pandai membaca sendiri. Jadi nak bagi dia membaca kisah-kisah nabi yang bermanfaat.
Hasmerya Maarof,
Pelanggan

Bukan sahaja anak suka, ibu dia pun suka jugak, haha.

Buku ni sangat sesuai untuk anak-anak baca waktu cuti sekolah atau waktu pkp.
Nor Suhaili Awang,
Pelanggan

Dalam masa beberapa jam sahaja anak dah habis baca.

Biasa anak saya ni baca buku sekejap je lepas tu dah tak nak baca dah tetapi buku ni dia khusyuk betul baca sampai habis.
Akhma Deena,
Pelanggan

Memang bagus bukunya. Penulisan yang santai.

Anak-anak tertarik untuk membaca dan mendengar. Kita juga sama-sama dapat ilmu dan nasihat. Terima kasih dan tahniah dexcelgraphic.
Aziaton Ibrahim,
Pelanggan

Ilustrasi dan jalan penceritaan yang menarik.

Anak saya mudah faham jalan ceritanya dan suka illustrasi karakter dalam buku komik adam ni.
Sipiyang Kamar,
Pelanggan

Alhamdulillah dah order dah. Tak sabar nak dapat.

Tak sabar nak bacakan buku ni untuk anak-anak sebab banyak jugak kisah-kisah nabi ni yang saya tak tahu.
Shazwani Mardhiah,
Pelanggan

Pengetahuan umum tentang kisah nabi.

Pendekatan yang kreatif, seolah-olah watak adam pergi ke masa lepas menggunakan mesin masa.
Muhammad Shah Ahmad,
Pelanggan

Anda Nak Dengar Satu Cerita Daripada Orang Yang Dah Beli Buku Komik Adam Ni?

Alkisahnya 2 Hari Lepas,Lepas isya’ Kakak minta phone.. ermm nak bagi ke tak..Okey lah bagi sekejap. Tak sampai 5minit “umi nak beli ni” adus berdebarnya.. Kalu shopee dah kerap sangat order,pakai phone tak pernah.

Maka jenguk lah saya,” ohh Kakak nk komik Ka?” Dia angguk.. saya scroll, elok sangat lah komik, yang sebelum ni komik Gaza 6 Siri,dah habis Di baca 3 Siri.

Tekan lah mak nya order RM97(10 Siri) judul ‘Pengembaraan Adam: …’
( macam2 Kisah Nabi -rujuk gambar)

Gigih dia baca,Minat betul.. petang semalam sampai,maghrib dah habis Siri 1, harini curi masa Lepas tasmi’ Qur’an,boleh pulak dia ambik sambung Siri 2.

(Naseb off camera)

Pada awalnya,penceritaan tak Ada kaitan dengan kisah Nabi,hanya dialog biasa,dihujung nya baru di kaitkan dengan peristiwa seperti judul.

Semuanya Ada 10 Siri.Pengunaan gaya Bahasa yang mudah, budak 6 tahun pun dah boleh baca. Saya minta kakak cerita semula,nk uji baca saje @ faham.. alhamdulilahh paham rupanya ..pjg pulak bila di rekod.

Nk letak link pun ,iklannya seimbas lalu..kalau Ada Yang nk Beli, search je “pengembaraan Adam”

Ini shj koleksi komik anak.sikit2 tambah

Okey selamat membaca Kakak!

Saje nak riview sikit buku feveret anak² ni.

Nawal & Raef suka buku ni..Alhamdulillah dorang suka kisah-kisah nabi & at the same time, suka sangat komik.. sebab komik kan penuh gambar/ilustrasi/grafik menarik.

So boleh katakan memang kombinasi yg memenuhi kriteria yg budak2 ni nak la.

Alhamdulillah..

Ni bukan paid riview yer.. haha.. dan saya bukan penjual siri buku ni. Saje nak suggest utk ibu ayah yg nak cari buku bermanfaat ni.

Lagi best ada video animasi sekali. Haaa… Boleh tengok kartun Pengembaraan Adam ni. Syok la anak² nak tengok.

Siri Komik Sirah-sirah Nabi

Specifikasi komik
Bersaiz A5, ukuran menegak 21.5cm, lebar 15cm, tebal 5.5cm dan berat 1.1kg, art cart 210gsm (front page & back), simili 80gsm (isi), komik dipin dan binding, ada spot uv dan jumlah muka surat 64 setiap siri.​

MUSIM 1 :

Ada 10 siri komik
#1 Bahtera Nabi Nuh
#2 Kaum Add
#3 Kemusnahan Tsamud
#4 Raja Namrud
#5 Kaum Sadum
#6 Kaum Madyan
#7 Nabi Musa a.s
#8 Nabi Sulaiman a.s
#9 Tentera Bergajah
#10 Nabi Muhammad SAW

MUSIM KE-2 :

ADIWIRA TERUNGGUL
#1 Adam
#2 Mekah
#3 Utusan Terakhir

Siri 1: Bahtera Nabi Nuh a.s.

Seorang budak yang berusia lingkungan 12tahun Yang tinggal disebuah kampung..Adam seorang budak yang agrasif serta nakal..Pada suatu ketika dimana Adam serta rakanya sedang asyik mengambil rambutan ….tiba-tiba terjadilah satu kejadian……

Adam telah jatuh dari pokok sewaktu memanjat ..Peristiwa itu telah membawa Adam kealam sirah-sirah nabi..Adam telah bertemu dengan al-mubaligh dan kaum nabi nuh a.s maka bermula pengembaraan Adam….

Siri 2: Kaum ‘Add

Amat memkagumkan Adam melihat sebuah kota yang amat indah dengan tembok-tembok dan bangunan-bangunan yang indah serta hasil bumi yang amat melimpah ruah. Namun penghuni kota itu yang di gelar Kaum ‘Ad lupa akan asal usul mereka dan tidak bersyukur serta beriman pada ALLAH. Mereka mengingkari seruan Nabi mereka , Nabi Hud a.s.

Siri 3: Kemusnahan Tsamud

Adam melihat sebuah tempat di mana masyarakat di situ amat kaya raya, memiliki harta benda dan hidup dengan penuh kesenangan tanpa sebarang kekurangan. Namun mereka mula bersifat angkuh, tamak dan bergelumang dengan kejahatan , menjauhi diri dari kebaikkan dan tidak beriman kepada ALLAH serta membangkang seruan Nabi Saleh dan meminta bukti akan kerasulan Nabi Saleh

Siri 4: Raja Namrud

Nabi Ibrahim telah berdakwah pada satu kaum di negeri Mausul( Iraq ) semasa pemerintahan Raja Namrud dari menyembah berhala yang tidak berguna bahkan tidak dapat menyelamatkan diri sendiri. Maka dari dakwah itu terhasillah perdebatan dan membuatkan Raja Namrud amat marah dan memerintah agar Nabi Ibrahim a.s di hukum.

Siri 5: Kaum Sadum

Setelah melihat kemusnahan dan azab yang di turunkan ALLAH pada Raja Namrud serta pengikutnya, Adam dan Al Mubaligh meneruskan perjalanan mereka. Al Mubaligh meneruskan lagi cerita tentang satu  kaum yang telah di hapuskan ALLAH pada zaman Nabi Luth a.s iaitu Bani Sadum.

Siri 6: Kaum Madyan

Al Mubaligh mengajak Adam meneruskan perjalanan mereka dan memberitahu Adam ada lagi kaum yang juga telah di hapuskan ALLAH semasa zaman Nabi Syuaib a.s yang ingkar kepada ALLAH serta mengamalkan pergaulan hidup diluar perintah agama.

Mereka gemar merampas harta orang lain secara haram seperti menipu dan berbohong kepada orang lain dalam menimbang, menakar, memakan riba dan sebagainya. Bagi mereka keuntungan dan harta benda adalah segalanya, mereka adalah Kaum Madyan.

Siri 7: Nabi Musa a.s.

Adam dan Al Mubaligh meneruskan perjalanan dan sampai di satu tempat Adam tersentak dan terkejut melihat sebuah kota yang amat besar dan melihat manusia sedang sibuk membina sebuah banggunan berbentuk segitiga da nada seseorang yang berada di atas puncak, berdiri dengan megahnya.Al Mubaligh memberitahu Adam itulah pyramid yang di bina oleh Firaun yang amat zalim dan mengakui dirinya adalah tuhan.

Siri 8: Nabi Sulaiman a.s.

Al-mubaligh menceritakan kepada Adam tetang kehebatan Nabi Sulaiman yang mana Nabi Sulaiman menpunyai akal fikiran yang tajam dan boleh memahami bahasa haiwan juga Nabi sulaiman diberi kelebihan boleh memerintah angin,api,air dan jin..

Siri 9: Tentera Bergajah

Berpuluh-puluh ekor gajah bersama bala tentera sedang menuju kearah mereka.Adam terus berlari dan mendapatkan Al Mubaligh. Adam sedar yang dirinya telah berada di zaman yang lain.Al Mubaligh memberitahu pada Adam itu adalah tentera bergajah yang di ketuai oleh Arbrahar

Siri 10: Nabi Muhammad SAW

Adam menuju kembali ke Mekah bersama Al-mubaligh dan Tiong..dalam perjalanan tersebut Al-mubaligh telah menceritakan tetang kelahiran serta kehidupan Nabi Muhamad S.A.W..

Musim ke-2: Adiwira Terunggul

Bab 1 – Adam
Bab 2 – Mekah
Bab 3 – Utusan Terakhir

Bukan sekadar seorang… dua orang… tiga orang yang di selamatkan dalam satu masa… bahkan seluruh alam… manusia… jin dan kehidupan yang lain dan keberkatannya sampai syurga… untuk keredhaan Allah, rahmat Allah dan pengampunan Allah..

e-Comic Adam

* e-Comic Adam Musim Pertama terdiri daripada Siri 1 sehingga ke Siri 10 dalam bentuk PDF.
* PERCUMA Video animasi Pengembaraan Adam daripada Siri 1 sehingga ke Siri 10.
* Bagi setiap Pembelian e-Comic Adam, anda akan memperoleh Link ke website e-Comic Adam untuk menonton Video Animasi Pengembaraan Adam dan Pembacaan e-Comic Adam.